Thursday, March 25, 2010

Semester Break

Alaikumussalam Semua...

Saya memohon maaf kerana agak lama saya tidak masukkan entry baru dan subjek2 yang berguna untuk kita kongsi bersama. Masalah teknikal sedang saya hadapi dan langkah-langkah sedang saya cuba untuk mengatasi masalah tersebut.

Saya gunakan konsep kampus di mana bila entry2 baru tidak diutarakan dan dikongsikan, kita anggap seolah-olah kita sedang bercuti semester.

Saya kira dalam tempoh sebulan, masalah teknikal yang sedang saya hadapi, akan saya cuba sedaya mungkin untuk saya selesaikan....

Terima kasih kerana sabar menunggu.

Sekian, Wassalam

Friday, February 26, 2010

Subjek Pertama

Salam semua. Terasa cam ngajor kat skolah laa plak...hehehe...
OK kita akan teruskan apa yang tergendala. Kupasan mengenai Film Effect.

Berikut adalah penerangan bagaimana menghasilkan Film Effect pada gambar.

Open sekeping gambar dengan menggunakan Adobe Photoshop CS 4. Jika anda menggunakan versi Adobe Photoshop CS 4 ke bawah, masih relevan untuk suntingan ini.
Apa yang kita perlukan bagi suntingan ini ialah, mood gambar. Tukar Hue/Saturation gambar tersebut. Setting yang saya gunakan:

Langkah yang kedua, tukarkan kan Exposure gambar tersebut. Cuba gelapkan sedikit Exposure supaya kelihatan seakan Flash kamera kita tidak hidup. Setting yang saya guna adalah: 

Langkah seterusnya ialah Duplicate layer foto yang kita gunakan. Pada layer baru yang kita duplicate ini, kita akan gunakan Filter. Pilih Lens Blur bagi efek kabur. Tidak perlu risau jika gambar kabur kerana kita perlukan efek ini untuk kesan Film Effect.

Seterusnya Focus Point. Bagi menghasilkan Focus Point, kita perlu menambahkan Layer Mask pada foto yg kita duplicate. Setting yang saya guna ialah:

Focus Point tadi akan kita buat pada Layer Mask. Gunakan Brush 400px Diameter 0% Hardness dan kemudian klik pada gambar.

Seterusnya kita akan gelapkan sedikit gambar ini. Buat satu layer baru dan tuangkan warna hitam pada layer tersebut. Kurangkan Opacity kepada 70%. Seterusnya kita akan padamkan warna hitam di kawasan tengah foto dan biarkan pada setiap bucu gambar. Gunakan Erase Tool dan setkan seperti berikut:

Dengan menggunakan Erase Tool, padamkan kawasan tengah gambar dan biarkan sedikit gelap pada hujung gambar. Pada langkah ini gambar yang kita sunting ini sudah mula ada Film Effect. Apa yang kita perlukan ialah tambahkan Noise pada gambar. Sebelum itu gabungkan semua layer dengan cara Flatten Image dari menu Layer.

Langkah seterusnya ialah, gunakan Filter Noise. Gunakan amount Noise yang sesuai supaya gambar kita tidak terlalu cacat.

Langkah terakhir bagi suntingan ini ialah, menambahkan Cinemascope. Gunakan Rectangular Marquee Tool. Pilih kawasan yang akan kita akan jadikan Cinemascope iaitu pada bahagian paling atas dan paling bawah gambar. Tuangkan warna hitam pada pilihan Rectangular Marquee Tool tadi. Dan hasilnya....Film Effect.

Wednesday, February 24, 2010

Contoh Asas

Film Effect
Suntingan berikut adalah suntingan mudah bagi memeriahkan dan mempelbagaikan persembahan gambar. Ia dikenali sebagai Film Effect. Kesesuaian suntingan ini bergantung kepada jenis dan situasi gambar. Penceritaan gambar bagi jenis suntingan ini adalah situasi yang bersahaja, tiada motif atau "candid". Berikut adalah contoh:
Ini adalah gambar asal


Selepas suntingan

Suntingan ini tidak memerlukan kepakaran. Entry akan datang, akan saya kupas bagaimana kita dapat hasilkan gambar selepas suntingan dengan Film Effect.

Wassalam....

Perisian Suntingan

Suntingan yang baik memerlukan daya imiginasi yang tinggi dan kreativiti. Tidak lupa juga yang paling utama ialah Perisian Suntingan (Editing Software)

Pelbagai perisian yang boleh digunakan dalam suntingan. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Bergantung pada keserasian dan kebolehgunaan anda pada perisian tersebut.

Antara yang menarik dan biasa digunakan oleh Photographer² yang menyunting gambar, ialah perisian Adobe(TM) Photoshop(C). Perisian ini berbayar. Jika anda baru dalam dunia suntingan, saya cadangkan anda gunakan Photoscape atau GIMP. Kedua-dua perisian ini adalah percuma. Boleh dimuat turun dari website.

Photoscape adalah perisian yang paling sesuai bagi pengguna atau photographer yang sentiasa sibuk. Preset yang disediakan dalam perisian tersebut membolehkan anda menyunting dengan hanya beberapa langkah mudah.

GIMP pula menyerupai Adobe(TM) Photoshop(C) atau lebih kepada pengadaptasian yang sama. Perisian Sumber Terbuka (Open Source) ini membolehkan anda menyunting gambar mirip penggunaan Adobe(TM) Photoshop(C).

Entry yang akan datang, saya akan kupas suntingan dengan menggunakan Adobe(TM) Photoshop CS4. Apa² versi CS (Creative Suite) boleh mengadaptasi teknik² yang akan saya kongsikan, cuma mungkin ada sedikit kelainan pada features.

See u in next Entry....Wassalam

Monday, February 22, 2010

Abstract dan Pembuka Bicara

Sebelum
Selepas Suntingan
Suntingan adalah penyedap rasa pada makanan, pelengkap pada kekurangan. Boleh diertikan sebegitu, dan atas dasar inilah, blog ini diangkat untuk dikongsi kepada anda sekelian.

Pada entry akan datang, akan saya kongsikan teknik2 mengindahkan gambar yg kita snap dari DSLR masing². Seni Fotografi jika kita gabungkan dengan seni suntingan dan kesan khas, nescaya hasilnya menjangkau apa yang kita bayangkan.